Pembelajaran Bermakna: Bahasa Melayu Pemulihan Sekolah Rendah

(MALAY VERSION | VERSI BAHASA MELAYU)

PENGENALAN

Pada zaman globalisasi ini, masyarakat dunia sudah menerima pelbagai perubahan yang dipengaruhi oleh perkembangan teknologi. Perindustrian dan pendidikan dalam sesebuah negara sudah pasti terkesan kerana perkhidmatan yang diberikan adalah untuk peningkatan serta perubahan sesebuah komuniti ataupun masyarakat yang kini menerima kemahiran teknologi. Semua maklumat ataupun info dikongsikan dengan pelbagai medium teknologi yang boleh dicapai oleh pelbagai lapisan masyarakat terutamanya talian internet dan alat teknologi tersedia dengan baik. Sistem pendidikan merupakan tunjang kepada sesebuah negara. 

Negara yang baik mempunyai sistem pendidikan yang mempunyai nilai dan kualiti yang dapat dijadikan contoh. Kelancaran dan keampuhan dalam sistem pendidikan bukan sahaja terlihat pada perancangan ataupun strategi tetapi kesungguhan, komitmen, pengetahuan, kesedaran serta kemahiran yang ada pada komuniti yang melaksanakannya. Komuniti yang dimaksudkan ialah guru ataupun pendidik, murid ataupun pelajar, ibu bapa atau penjaga dan masyarakat setempat. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025) menjadi panduan kepada sistem pendidikan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Terdapat lima aspirasi pendidikan, enam aspirasi murid dan sebelas anjakan utama untuk menstransformasi sistem pendidikan negara. Peranan guru dalam memenuhi aspirasi pendidikan dan aspirasi murid perlu dari pelbagai aspek yang holistik. Guru bukan sahaja perlu menyampaikan maklumat, ilmu, pengetahuan dan nilai malah perlu menjadi penyedia suasana pembelajaran yang ampuh.

Menurut Noriati A. Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkifli Mahayudin dan Zakiah Noordin (2012), Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) merupakan antara bahagian yang terkandung dalam Kurikulum Kebangsaan. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) ialah suatu program pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu dari segi struktur kandungan, pendekatan serta bahan pengajaran dan pembelajaran. Matlamat KBSR adalah untuk memperkembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh bagi melahirkan insan seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. Unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai disepadukan dalam semua aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Bermula tahun 2011, KSSR dilaksanakan secara berperingkat dengan murid Tahun 1. KSSR bermatlamat untuk memperkembang potensi individu murid secara holistik bagi melahirkan modal insan yang seimbang, harmonis, berakhlak mulia, kritis, kreatif, inovatif serta memiliki kemahiran insaniah sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran semasa dan abad ke-21.

Noriati et.al (2012) menyatakan bahawa pendidikan rendah pula yang melaksanakan dan menjalankan KBSR dan KSSR. Pendidikan rendah ialah program pendidikan yang disediakan kepada murid yang berumur antara 6 hingga 12 tahun untuk menyediakan asas yang kukuh dalam kemahiran membaca, menulis, mengira (3M) dan menaakul; pengenalan kepada konsep asas sains; kemahiran pravokasional; kemahiran generik; serta penerapan nilai-nilai murni.Pendidikan rendah menjadi asas kepada pembangunan dan pengembangan domain kognitif, afektif dan psikomotor murid yang selari dengan FPK. Dalam Pendidikan Rendah, terdapat sebuah program yang dikenali sebagai Program Pendidikan Pemulihan untuk menyokong matlamat Pendidikan Rendah iaitu memastikan murid yang menghadapi menguasai kemahiran asas 3M diberi pemulihan khas. Menurut Khairuddin Mohamad, Faridah Alias dan Faiziah Shamsuddin (2013), Program Pemulihan Khas merupakan program khusus untuk murid tahap satu yang menghadapi kesulitan menguasai kemahiran asas 3M. Penekanan terhadap Program Pemulihan merupakan perkara penting yang perlu dilakukan bagi memastikan semua murid menguasai aspek literasi dan numerasi.

Negara juga mempunyai aspirasi yang besar terhadap pendidikan dan penggeraknya untuk menjadikan generasi yang akan mewarisi kepimpinan negara mempunyai kualiti yang ampuh. Selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, kemahiran berfikir perlu diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah termasuklah Pendidikan Pemulihan. Amat ironi jika murid pemulihan yang mempunyai kelebihan, kekuatan dan bakat serta daya pemikiran tidak diuji.   Oleh yang demikian, sebagai guru yang mempunyai tanggungjawab sebagai agen perubahan, penyelidikan telah dilakukan untuk mengatasi isu yang telah dikenalpasti. Dalam Pendidikan Pemulihan, murid pemulihan diberikan intervensi untuk menguasai kemahiran secara berperingkat. Kemahiran yang diutamakan ialah kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira (Khairuddin et.al, 2013). Oleh yang demikian, penulisan ini akan membincangkan pembelajaran bermakna dengan memberikan fokus kepada teori pembelajaran bermakna, contoh pembelajaran bermakna berdasarkan Buku Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Program Pemulihan Khas, kepentingan pembelajaran bermakna, cabaran dan cara mengatasinya.

 

KONSEP PEMBELAJARAN BERMAKNA

Pembelajaran bermakna dibahagikan kepada dua bahagian. Dalam setiap bahagian, akan ada perbincangan dan perkaitan pembelajaran bermakna dengan Bahasa Melayu Pemulihan. Perkaitan dan perbincangan tersebut dibuat agar menunjukkan kesesuaian serta kebolehan pembelajaran bermakna dalam PdPc Bahasa Melayu khususnya.

Pembelajaran Bermakna Ausebel

            Melalui Khaidir Waily (2019), Ausebel menyatakan bahawa pembelajaran bermakna (meaningful learning) merupakan satu proses pembelajaran di mana murid lebih mudah memahami dan mempelajari sesuatu disebabkan guru mampu memberikan kemudahan bagi murid agar mudah mengaitkan pengalaman atau pengetahuan yang sudah ada dalam fikiran. Menurut Khaidir (2019), belajar secara hafalan adalah tidak bermakna bagi murid kerana bentuk pembelajaran tersebut tidak memberikan suasana pembelajaran yang mengaitkan pengetahuan baharu dengan pengetahuan yang lama. Tegasnya, Ausebel memberikan penekanan terhadap unsur kebermaknaan dalam belajar melalui bahasa seperti informasi verbal, konsep, kaedah dan prinsip. Teori pembelajaran Ausebel tersebut sangat dengan dengan teori konstruktivisms. Hal ini disebabkan kerana teori pembelajaran bermakna dan konstruktivisms mempunyai ciri-ciri yang sama seperti menghubungkan pengalaman, fenomena serta fakta baharu ke dalam sistem pengetahuan yang telah diperolehi. Seterusnya, kedua-duanya menekankan kepentingan mengasimilasi pengalaman baharu ke dalam konsep atau pengetahuan yang sudah diperolehi. Tuntasnya, kedua-duanya mengandaikan bahawa proses pembelajaran perlu aktif.

            Ausebel berpendapat bahawa guru sepatutnya dapat mengembangkan potensi kognitif murid melalui proses pembelajaran bermakna. Tegas Ausebel, proses pembelajaran murid akan lebih bermakna sekiranya melibatkan aktiviti harian dan praktikal. Namun begitu, pembelajaran yang melibatkan aktiviti harian secara langsung akan menggunakan masa yang agak lama dan sudah pasti melebihi masa yang diperuntukkan untuk murid mencapai objektif pembelajaran. Oleh yang demikian, Ausebel mencadangkan guru menggunakan penjelasan, demonstrasi, rajah dan ilustrasi agar pembelajaran murid lebih efektif dan mampu menghubungkaitkan konsep ke dalam pengalaman ataupun informasi yang sudah diperolehi. Berikut merupakan empat cara menerapkan pembelajaran bermakna:

  1. Belajar dengan penemuan yang bermakna: mengaitkan pengetahuan yang telah dimiliki dengan bahan pembelajaran yang dipelajari atau murid menemukan pengetahuan daripada bahan pembelajaran kemudian mengaitkan dengan pengetahuan sedia ada.
  2. Belajar dengan penemuan yang tidak bermakna: pembelajaran yang dipelajari ditemukan sendiri oleh murid tanpa mengaitkan pengetahuan sedia ada, kemudian pembelajaran tersebut diingat secara hafalan.
  3. Belajar menerima yang bermakna: bahan pembelajaran yang telah tersusun secara logik, disampaikan kepada murid sampai bentuk akhir, kemudian mengaitkan bahan pembelajaran tersebut dengan pengetahuan sedia ada.
  4. Belajar menerima yang yang tidak bermakna: bahan pembelajaran yang telah disusun secara logik, disampaikan kepada murid sampai bentuk yang terakhir, kemudian bahan pembelajaran atau pengetahuan baharu itu dihafal tanpa dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada.

Ausubel menyatakan faktor-faktor utama yang mempengaruhi pembelajaran bermakna seperti struktur kognitif yang ada, kestabilan dan kejelasan pengetahuan dalam suatu bidang pembelajaran tertentu serta pada waktu yang tertentu. Berikut merupakan langkah-langkah pembelajaran bermakna Ausubel menggunakan Peta Konsep:

  1. Pilih bahan bacaan dari buku pembelajaran.
  2. Tentukan konsep-konsep yang relevan.
  3. Urutkan konsep-konsep dari yang paling inklusif ke yang paling tidak inklusif atau contoh-contoh.
  4. Susun konsep-konsep tersebut di atas kertas mulai dari konsep yang paling inklusif di puncak konsep ke konsep yang tidak inklusif di bawah.
  5. Hubungkan konsep-konsep ini dengan kata hubung sehingga menjadi sebuah peta konsep.
  6. Langkah-langkah yang dilakukan guru untuk menerapkan belajar bermakna Ausubel adalah seperti berikut: Advance organizer, Progressive Differensial, integrative reconciliation, dan consoliation. 

Selain daripada itu, berikut merupakan langkah-langkah pembelajaran bermakna Ausubel:

  1. Menentukan objektif pembelajaran.
  2. Melakukan pengesanan perwatakan murid seperti kemampuan, motivasi, gaya belajar dan seumpamanya.
  3. Memilih bahan pembelajaran sesuai dengan murid dan menyusunnya dalam bentuk konsep inti.
  4. Menentukan topik-topik dan menampilkannya dalam bentuk advance organizer yang akan dipelajari murid.
  5. Mempelajari konsep-konsep inti tersebut dan menerapkannya dalam bentuk konkrit.
  6. Melakukan pentaksiran proses dan hasil belajar murid. 

Langkah-langkah dalam pembelajaran bermakna Ausubel sangat jelas mempunyai persamaan yang sepatutnya dalam Program Pemulihan Khas. Hal ini kerana, di dalam sebuah pengajaran dan pembelajaran khususnya Bahasa Melayu Pemulihan, murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang mempunyai kemampuan, tahap penguasaan dan gaya belajar. Sepatutnya, setiap murid pemulihan khas mempunyai Rancangan Pendidikan Individu yang akan menjadi panduan kepada guru Pemulihan Khas untuk merancang PdP. Namun begitu, beberapa langkah perlu diubahsuai mengikut kandungan pembelajaran yang ada dalam kemahiran-kemahiran Bahasa Melayu Pemulihan. 

Pembelajaran bermakna juga berupaya melibatkan murid secara aktif, konstruktif, pembelajaran intensional, autentik dan kooperatif. Pembelajaran Bermakna dapat dikenalpasti berdasarkan ciri-ciri berdasarkan pandangan Nasution (2003):

  1. Menjelaskan hubungan atau kerelevanan bahan-bahan baharu dengan yang lama.
  2. Mendahulukan perkara yang umum dan diakhiri dengan perkara yang khusus.
  3. Menunjukkan persamaan dan perbezaan antara bahan baru dengan bahan yang lama.
  4. Mengusahakan agar idea yang telah ada dikuasai dengan sepenuhnya sebelum idea yang baru diperkenalkan.
  5. Informasi yang dipelajari secara bermakna dapat lebih lama untuk diingat.
  6. Informasi yang dipelajari secara bermakna memudahkan proses belajar yang seterusnya untuk bahan pelajar yang sama. 
  7. Informasi yang dipelajari secara bermakna mempermudahkan pembelajaran perkara-perkara yang sama walaupun telah terlupa.

Bahan-bahan baharu boleh jadi bahan konkrit ataupun abstrak. Oleh itu, ciri-ciri pembelajaran bermakna Ausebel boleh disesuaikan dalam PdPc Bahasa Melayu Pemulihan. Ciri-ciri kedua boleh disesuaikan mengikut kemahiran yang ada dalam Bahasa Melayu Pemulihan. Selalunya, pada set induksi, pendekatan umum ke khusus akan dilakukan oleh guru pemulihan agar lebih jelas. Kini, selaras dengan Kelas Abad Ke-21, objektif pembelajaran perlulah diterangkan dahulu kepada murid sebelum memulakan pembelajaran. Ciri-ciri seterusnya sudah pasti boleh didapati dalam PdPc Bahasa Melayu pemulihan kerana sudah pasti guru pemulihan memastikan murid pemulihan mengingati kandungan pembelajaran setiap hari walau hanya satu huruf. 

 

Pembelajaran Bermakna Fullan

Menurut Shamsul Aizuwani Nawi (2021), Pembelajaran Bermakna (Deep Learning) merupakan pembelajaran berkualiti yang kekal sebagai pengetahuan seseorang sepanjang kehidupan. Tambahnya, pembelajaran ini dapat meningkat penglibatan pelajar melalui keindividuan dan keupayaan. Pelajar atau murid dapat dihubungkan dengan dunia sebenar tanpa mengabaikan nilai murini dan aspek spiritual. Pelajar dapat membangunkan kemahiran, pengetahuan, keyakinan diri dan efikasi kendiri. Selain itu, pelajar dapat membina perhubungan dengan dan dalam kalangan pelajar, guru, keluarga dan komuniti. Pembelajaran bermakna dapat menggerakkan pelajar untuk berhubung dengan orang lain bagi melakukan perkara-perkara yang baik. 

Oleh yang demikian, Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna atau New Pedagogies Deep Learning (NPDL) telah diperkenalkan oleh Fullan, Quinn dan McEachen pada tahun 2018. Fullan dan Langworthy (2014) menyatakan bahawa NPDL bermaksud satu model perkongsian pembelajaran baharu antara dan dalam kalangan murid serta guru yang bertujuan untuk mencapai matlamat pembelajaran yang mendalam melalui akses digital. Sebenarnya, kebanyakan elemen pengajaran pedagogi bukanlah suatu strategi pengajaran yang ‘baharu’ ataupun berbeza sepenuhnya. Elemen yang baharu ialah perkongsian pembelajaran yang aktif dengan murid. Shamsul (2021) menjelaskan bahawa, pedagogi baharu tercetus daripada perkongsian pembelajaran yang antara dan dalam kalangan murid dan guru apabila alat serta sumber digital berkembang dengan pesat. 

Pedagogi yang lama melibatkan penggunaan teknologi untuk menguasai kandungan pembelajaran dan menekankan penguasaan kandungan yang diperolehi melalui pembelajaran yang berfokuskan pengetahuan kandungan. Tegas Shamsul (2021), pedagogi baharu memerlukan murid mencipta pengetahuan baharu dan menghubungkannya ke dunia dengan menggunakan alatan digital bagi mencapai pembelajaran yang bermakna. Menurut Fullan et. Al (2018), NPDL mereka bentuk dan mengenal pasti pedagogi baharu untuk memudahkan memudahkan perkembangan hasil pembelajaran yang mendalam melalui enam kompetensi global. Enam kompetensi global iaitu sahsiah, kewarganegaraan, kolaboratif, komunikasi, kreativiti dan pemikiran kritis. NPDL juga mempunyai empat asas iaitu fokus kepada penciptaan dan penggunaan pengetahuan baharu dalam dunia sebenar berbanding hanya penyampaian pengetahuan sedia ada, kerjasama dengan rakan pembelajaran, menjangkau luar kelas tradisional dan memacu dunia digital di mana-mana. 

Selain daripada itu, terdapat beberapa komponen dalam NPDL yang telah dinyatakan oleh Shamsul (2021) dalam bukunya yang bertajuk ‘Pedagogi Temporari’. Terdapat tiga komponen dalam NPDL:

  1. Perkongsian pembelajaran baharu dalam dan antara murid dan guru.
  2. Tugas pembelajaran yang mendalam bagi menyusun semula proses pembelajaran ke arah penciptaan pengetahuan dan penggunaan yang berorientasi.
  3. Alat dan sumber digital yang membolehkan dan mempercepatkan proses pembelajaran mendalam.

Menurut Fullan dan Longworthy (2014), sejak 40 tahun yang lalu, terdapat tiga perkara utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang saling bergantung tetapi bergerak secara bebas iaitu teknologi, pedagogi dan pengetahuan. Shamsul (2021) menerangkan bahawa teknologi yang digunakan bukan sahaja oleh guru tetapi oleh murid sebagai sebahagian daripada pembelajaran. Pedagogi berubah terutamanya sejak kemajuan dalam bidang sains sekitar tahun 1970 yang mencetuskan idea untuk perubahan keseluruhan sistem. 

Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL) merupakan satu bentuk pengajaran yang merubah bukan sahaja sistem pendidikan di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Hal ini disebabkan kerana, sistem pendidikan perlu diperbaharui mengikut keperluan dan kesesuaian perkembangan dunia yang dipengaruhi dengan kemajuan teknologi. Oleh yang demikian, pendidikan baharu diharapkan mempengaruhi persediaan murid untuk mengasah kreativiti dan mampu menyelesaikan masal serta berkolaborasi. Secara ringkasnya, murid berupaya menangani cabaran dunia masa kini. Shamsul (2021) menjelaskan bahawa NPDL diperkenalkan pada tahun 2013 dengan tujuan merapatkan jurang antara pengetahuan, kemahiran dan kompetensi murid yang diperoleh melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional. Bagi mengukuhkan NPDL, tujuh negara terlibat dalam perkongsian kerjasama secara global dalam usaha mengaplikasikan NPDL. Negara-negara tersebut ialah Australia, Canada, Finland, Netherlands, New Zealand, Amerika Syarikat dan Uruguay. 

ISU DAN PERMASALAHAN PEMBELAJARAN BERMAKNA

Sebenarnya, masih ramai keliru tentang pembelajaran bermakna dengan pendekatan pembelajaran yang telah disenaraikan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Terdapat beberapa isu dan permasalahan esei yang akan menjadi penguat kepada sebab penulisan ini dilaksanakan. 

Teknik Hafalan Atau Mengingat: Keberkesanannya Kurang Memberangsangkan

Murid di sekolah telah lama berada dalam persekitaran pembelajaran berbentuk tradisional kerana masih ada yang menggunakan teknik hafalan untuk mengingat sesuatu kandungan mata pelajaran. Hal ini amat menggusarkan kerana teknik hafalan tidak akan meninggalkan kesan yang lama dan menjadikan seseorang yang menggunakannya mengingat kandungan yang dihafal dalam tempoh yang sangat pendek. Situasinya seperti menghafal sebuah jalan tanpa melalui jalan tersebut tidak memberikan gambaran ataupun kesan yang mendalam terhadap memori dan pengalaman individu. 

            Rahmaniar (2016) mengatakan pembelajaran masteri terbukti berhasil dalam kelebihan atau kompetensi mengingat jangka pendek tetapi gagal dalam membekalkan murid menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian dalam jangka panjang. Namun begitu, Rahmaniar menyatakan bahawa pembelajaran bermakna yang menjadikan guru perlu lebih aktif menyediakan bahan bantu mengajar agar murid mengalami kandungan yang dipelajari sukar untuk diterima. Hal ini kerana menyediakan bahan bantu mengajar yang realistik menjadikan sebuah pengajaran itu cemerlang dan sempurna amat sukar dicapai lebih-lebih sekiranya guru berada di negara kelas ketiga. 

            Zuraidah Ahmad et al. (2020) turut menyatakan bahawa pembelajaran hafalan dan pembelajaran konseptual adalah merupakan  jenis pembelajaran yang sering dipraktikkan tetapai mempunyai perbezaan yang ketara. Ahmed dan Ahmad (2017) melalui Zuraidah Ahmad et al. (2017) menegaskan hafalan merupakan kaedah menyimpan data dalam minda tanpa perlu pemahaman terhadap data yang disimpan. Pembelajaran hafalan adalah teknik mengingat berdasarkan aktiviti latih tubi dan digunakan secara meluas untuk menguasai pengetahuan asas. Tujuannya adalah supaya murid dapat mengingati sesuatu kandungan mata pelajaran secara automatik tanpa perlu memikirkan konsepnya. Tetapi, sekiranya murid tidak memahami konsep sebenar, penghafalan tidak dapat membantunya mengaplikasikan pengetahuan tersebut bagi menyelesaikan masalah sebenar dalam kehidupan (Ahmed & Ahmad 2017; Zuraidah Ahmad et al. 2020).

Memerlukan Masa Dalam Melakukan Perubahan dalam PdPc

            Selain daripada itu, pembelajaran bermakna memberikan cabaran dalam pelaksanaannya. Mashira Yahaya et al. (2019) melalui Mohd Fadzil Mohd Salleh et al. (2021) mendapati kebanyakan guru menyuarakan bahawa mereka tidak dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) ataupun sekarang dikenali sebagai Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc), kerana terpaksa memperuntukkan lebih masa untuk merancang aktiviti dan menyediakan bahan pembelajaran dan penjajaran. Bahkan, terdapat juga kajian menunjukkan guru-guru masih mempunyai pemahaman yang kurang lengkap tentang KBAT dalam kurikulum pendidikan Malaysia dan pemahaman guru tentang KBAT didapati sangat umum (Bernard Tahim Bael et al. 2021; Mohd Fadzil Mohd Salleh et al. 2021). Hal sedemikian telah membataskan guru untuk melaksanakan pembelajaran bermakna secara lebih berkesan semasa PdPc. Menurut Min & Mohamad (2021), guru masih memerlukan masa untuk mempertimbangkan, membincangkan, mempraktikkan dan merenung perubahan dalam amalan pedagogi untuk menerpakan amalan pedagogi baharu. 

KAJIAN-KAJIAN LEPAS

Kajian-kajian yang disertakan merangkumi kepentingan pembelajaran bermakna kepada murid dan guru khususnya dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Kajian-kajian lepas yang akan dihuraikan dibahagi kepada dua bahagian iaitu kajian lepas dalam negara dan kajian luar negara

Kajian Lepas Dalam Negara

Kajian Abdul Hamid, R (2015) bertajuk “Hubungan antara pembelajaran bermakna dan kemampuan literasi bahasa melayu pelajar” membahaskan tentang hubungan antara pembelajaran bermakna dan kemampuan literasi bahasa Melayu pelajar. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah kuantitatif, dan sampel dalam kajian ini adalah murid tingkatan empat dalam sebuah sekolah menengah di Malaysia. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif dan signifikan antara pembelajaran bermakna dan kemampuan literasi bahasa Melayu pelajar. Ini menunjukkan bahawa dengan menggunakan pembelajaran bermakna, murid dapat mempertingkatkan kemampuan literasi mereka dalam bahasa Melayu. Kajian ini memberikan implikasi penting bagi guru dalam memberikan pengajaran bahasa Melayu dengan lebih bermakna dan efektif.

            Kajian bertajuk”Penggunaan pembelajaran bermakna dalam pengajaran bahasa melayu: Kajian ke atas pelajar sekolah rendah” membahas tentang penggunaan pembelajaran bermakna dalam pengajaran Bahasa Melayu terhadap pelajar sekolah rendah. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah kuantitatif, dan sampel dalam kajian ini adalah murid tahun empat sekolah rendah di Malaysia. Hasil kajian tersebut menunjukkan bahawa dengan menggunakan pembelajaran bermakna dalam pengajaran Bahasa Melayu, murid memperoleh pemahaman yang lebih baik dan lebih berkesan. Menurut Ahmad, Z (2017) terdapat peningkatan motivasi dan prestasi pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu setelah menggunakan pembelajaran bermakna. Kajian ini menunjukkan bahawa pembelajaran bermakna dapat membantu pelajar memperoleh pemahaman yang lebih baik dan mempertingkatkan prestasi mereka dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini memberikan implikasi penting bagi guru untuk menggunakan pembelajaran bermakna dalam pengajaran Bahasa Melayu.

Selain itu, Kajian Ismail (2019) berjudul “Pengaruh pembelajaran bermakna terhadap motivasi dan prestasi murid dalam mata pelajaran bahasa melayu” berkaitan tentang pengaruh pembelajaran bermakna terhadap motivasi dan prestasi murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah kuantitatif, dan sampel dalam kajian ini adalah murid tingkatan empat dalam sebuah sekolah menengah di Malaysia. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan yang signifikan dalam motivasi dan prestasi pelajar setelah menggunakan pembelajaran bermakna dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini menunjukkan bahawa dengan menggunakan pembelajaran bermakna, pelajar dapat lebih berminat dan berdedikasi dalam belajar, dan prestasi mereka dalam mata pelajaran Bahasa Melayu juga akan lebih baik. Kajian ini memberikan implikasi penting bagi guru untuk memperkenalkan dan menggunakan pembelajaran bermakna dalam pengajaran Bahasa Melayu untuk mempertingkatkan motivasi dan prestasi pelajar.

Kajian Jumadi, M. (2018) bertajuk “Peningkatan motivasi dan prestasi pelajar melalui pembelajaran bermakna dalam mata pelajaran Bahasa Melayu” membahas tentang pengaruh pembelajaran bermakna terhadap motivasi dan prestasi pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah kuantitatif, dan sampel dalam kajian ini adalah pelajar tingkatan empat dalam sebuah sekolah menengah di Malaysia. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan yang signifikan dalam motivasi dan prestasi murid setelah menggunakan pembelajaran bermakna dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini menunjukkan bahawa dengan menggunakan pembelajaran bermakna, pelajar dapat lebih berminat dan berdedikasi dalam belajar, dan prestasi mereka dalam mata pelajaran Bahasa Melayu juga akan lebih baik. Kajian ini memberikan implikasi penting bagi guru untuk memperkenalkan dan menggunakan pembelajaran bermakna dalam pengajaran Bahasa Melayu untuk mempertingkatkan motivasi dan prestasi pelajar.

Kajian Kamsani, N. H. (2017) bertajuk “Pengaruh pembelajaran bermakna terhadap prestasi pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu” membincangkan tentang bagaimana pembelajaran bermakna mempengaruhi prestasi murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah kuantitatif dan sampel dalam kajian ini adalah murid tingkatan empat sebuah sekolah menengah di Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan yang signifikan dalam prestasi murid setelah menggunakan pembelajaran bermakna dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini menunjukkan bahawa dengan menggunakan pembelajaran bermakna, murid dapat memahami dan mengingat kandungan dengan lebih baik, sehingga prestasi mereka dalam mata pelajaran Bahasa Melayu menjadi lebih baik. Kajian ini memberikan implikasi penting bagi guru untuk memperkenalkan dan menggunakan pembelajaran bermakna dalam pengajaran Bahasa Melayu untuk mempertingkatkan prestasi murid

Kajian Rahmat, M. (2016) dengan judul “Kajian tentang pembelajaran bermakna dalam mata pelajaran Bahasa Melayu” membahas tentang bagaimana pembelajaran bermakna dapat mempengaruhi prestasi murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan sampel dalam kajian ini adalah murid tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di Malaysia. Hasil kajian menunjukkan bahawa pembelajaran bermakna dapat membantu pelajar memahami dan mengingat kandungan dengan lebih baik, sehingga prestasi mereka dalam mata pelajaran Bahasa Melayu menjadi lebih baik. Kajian ini memberikan implikasi penting bagi guru untuk memperkenalkan dan menggunakan pembelajaran bermakna dalam pengajaran Bahasa Melayu untuk mempertingkatkan prestasi pelajar

Kajian Sulaiman, N. (2019) dengan judul “Keberkesanan pembelajaran bermakna dalam membantu pelajar memahami konsep dalam mata pelajaran Bahasa Melayu” membahas tentang bagaimana pembelajaran bermakna mempengaruhi kemampuan murid dalam memahami konsep dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan sampel dalam kajian ini adalah murid tingkatan empat sebuah sekolah menengah di Malaysia. Hasil kajian menunjukkan bahawa pembelajaran bermakna membantu murid memahami konsep dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dengan lebih baik dan mempertingkatkan prestasi mereka dalam mata pelajaran tersebut. Kajian ini memberikan implikasi penting bagi guru untuk memperkenalkan dan menggunakan pembelajaran bermakna dalam pengajaran Bahasa Melayu untuk membantu pelajar memahami konsep dengan lebih baik.

Berdasarkan analisis kajian-kajian lepas, dapat disimpulkan, tidak banyak kajian pembelajaran bermakna dijalankan di sekolah-sekolah rendah. Kebanyakan kajian hanya mengaitkan pembelajaran bermakna dengan kaedah atau intervensi yang digunakan dalam kajian. Tidak secara khusus. Selain itu, tidak ada langsung kajian tentang pengaplikasian proses pembelajaran bermakna dalam program pemulihan khas terutamanya Bahasa Melayu Pemulihan.

Kajian Luar Negara

Kajian Fang dan Woolf (2019) bertajuk “Meaningful Learning in Online Environments: A Review of the Literature” adalah sebuah tinjauan literatur yang membincangkan pembelajaran bermakna dalam  pembelajaran atas talian. Kajian ini melihat bagaimana pembelajaran bermakna dapat diterapkan dalam persekitaran pembelajaran atas talian dan membincang berbagai faktor yang mempengaruhi pembelajaran bermakna, termasuk reka bentuk pembelajaran, interaksi sosial, dan penggunaan teknologi. Kajian ini juga meninjau bagaimana pembelajaran bermakna mempengaruhi prestasi belajar dan motivasi murid. Hasil kajian menunjukkan bahwa pembelajaran bermakna dalam lingkungan pembelajaran atas talian memiliki potensi untuk memperbaiki prestasi belajar dan meningkatkan motivasi murid, tetapi faktor-faktor seperti reka bentuk pembelajaran, interaksi sosial, dan penggunaan teknologi harus dipertimbangkan dalam menerapkan pembelajaran bermakna dalam persekitaran pembelajaran atas talian.

Kajian Lee dan Hannafin (2019) bertajuk “Meaningful Learning with Technology: A Review of Recent Literature” adalah sebuah tinjauan literatur berkaitan tentang pembelajaran bermakna dengan menggunakan teknologi. Kajian ini menilai bagaimana teknologi dapat digunakan untuk membantu pelajar membangun pemahaman bermakna dari kandungan pelajaran. Kajian ini juga meninjau bagaimana teknologi dapat membantu memfasilitasi interaksi sosial dan interaksi pelajar dengan kandungan pelajaran, yang membantu memperkuat pembelajaran bermakna. Hasil kajian menunjukkan bahwa teknologi dapat membantu memperkuat pembelajaran bermakna dengan memudahkan interaksi sosial dan interaksi murid dengan kandungan pelajaran, tetapi reka bentuk pembelajaran yang efektif dan strategi untuk memanfaatkan teknologi harus dipertimbangkan untuk memastikan pembelajaran bermakna yang optimal.

Kajian Chen, W., & Lin, Y. (2019), “The Effects of Meaningful Learning on Students’ Academic Achievements in Elementary Schools” membincangkan kesan pembelajaran bermakna terhadap pencapaian akademik pelajar di sekolah rendah. Penyelidikan ini dijalankan dengan menganalisis data dari beberapa sekolah rendah di Taiwan. Hasil kajian menunjukkan pembelajaran bermakna memberi kesan positif dan signifikan terhadap pencapaian akademik murid. Selain itu, pembelajaran bermakna juga didapati mempunyai pengaruh yang positif terhadap motivasi pembelajaran dan kebolehan murid memahami konsep. Penyelidikan ini memberikan bukti bahawa pembelajaran bermakna mempunyai peranan penting dalam meningkatkan pencapaian akademik dan membantu pelajar memahami konsep.

Kajian Chen, X. (2019), “The Impact of Meaningful Learning on Student Motivation and Learning Outcomes in Elementary Schools”, membincangkan kesan pembelajaran bermakna terhadap motivasi pembelajaran dan hasil pembelajaran pelajar di sekolah rendah. Penyelidikan ini dijalankan dengan menganalisis data dari beberapa sekolah rendah di China. Hasil kajian menunjukkan pembelajaran bermakna mempunyai kesan positif dan signifikan terhadap motivasi belajar dan hasil pembelajaran murid. Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan bahawa pembelajaran bermakna membantu murid memahami konsep dan meningkatkan kebolehan pembelajaran mereka dengan lebih berkesan. Artikel ini memberikan bukti penting tentang peranan pembelajaran bermakna dalam murid meningkatkan motivasi pelajar dan hasil pembelajaran di sekolah rendah.

RUJUKAN

Abdul Hamid, R. 2015. Hubungan antara pembelajaran bermakna dan kemampuan literasi bahasa melayu pelajar. Jurnal Pendidikan, 45(1), 1-10.

Ahmad, Z. 2017. Penggunaan pembelajaran bermakna dalam pengajaran bahasa melayu: Kajian ke atas pelajar sekolah rendah. Jurnal Bahasa, 31(1), 89-102.

Anderson, L. W., & Krathwohl, D. R. 2001. A Taxonomy for Learning, Teaching, and Assessing: A Revision of Bloom’s Taxonomy of Educational Objectives. Longman.

Ausubel, D. P. 1968. Educational psychology: A cognitive view. Holt, Rinehart and Winston.

Bruner, J. S. 1960. The process of education. Harvard University Press.

Ellyza Karim. 2019. Reka bentuk pembelajaran kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna di IPG Kampus Pendidikan Teknik. Jurnal Refleksi Pendidikan (2)

Ismail, N. (2019). Peningkatan prestasi pelajar melalui pembelajaran bermakna dalam mata pelajaran bahasa melayu. Jurnal Pendidikan, 59(2), 77-84.

Jumadi, M. (2018). Peningkatan motivasi dan prestasi pelajar melalui pembelajaran bermakna dalam mata pelajaran bahasa melayu. Jurnal Bahasa, 32(3), 201-214.

Kamsani, N. H. 2017. Pengaruh pembelajaran bermakna terhadap prestasi pelajar dalam mata pelajaran bahasa melayu. Jurnal Pendidikan, 47(1), 45-52.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2019. Buku Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Program Pemulihan Khas. 

Marzano, R. J. 2003. What Works in Schools: Translating Research into Action. ASCD.

McTighe, J., & Wiggins, G. 2012. Understanding by design. ASCD.

Meece, J. L., Blumenfeld, P. C., & Hoyle, R. H. 1988. Students’ motivation in the classroom. Handbook of Research on Teaching, 3, 402-428.

Michael Fullan, Joanne Quinn & Joanne McEachen. 2018. Deep Learning. Sage Publication: California.

Min, C. O. & Mohammad Tahir Mapa. 2021. Pembelajaran berasaskan projek dalam mata pelajaran Geografi. GEOGRAFIA Online TM Malaysian Journal of Society and Space, 17 (1), 268-289.

Mohd Fadzil Mohd Salleh, Rusmawati Othman & Sukri Salim. 2021. Rakan pembelajaran Institut Pendidikan Guru: Memahami pelaksanaan kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna di negeri Perlis.

 Noor Lela Ahmad, Sho Sin Looi, Hariyaty Ab Wahid & Rohaila Yusof. 2019. Kepentingan amalan pengajaran dan pembelajaran abad terhadap pembangunan pelajar. International Journal 0f Education, Psychology and Counseling (4): 28-51.

 Noor Lela Ahmad, Sho Sin Looi, Hariyaty Ab Wahid & Rohaila Yusof. 2019. Kepentingan amalan pengajaran dan pembelajaran abad terhadap pembangunan pelajar. International Journal 0f Education, Psychology and Counseling (4): 28-51.

Noradzimah Abdul Majid, Roslan Saari, Kamaruddin Ilias & Azmi Abdul Hamid. 2021. Pelaksanaan kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna (KPPB) dalam pentaksiran kerja kursus program PISMP di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Jurnal Penyelidikan Dedikasi (19) (2): 45 – 61.

Noradzimah Abdul Majid, Roslan Saari, Kamaruddin Ilias & Azmi Abdul Hamid. 2021. Pelaksanaan kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna (KPPB) dalam pentaksiran kerja kursus program PISMP di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Jurnal Penyelidikan Dedikasi (19) (2): 45 – 61.

Novak, J. D., & Gowin, D. B. 1984. Learning how to learn. Cambridge University Press.

Rahmat, M. (2016). Kajian tentang pembelajaran bermakna dalam mata pelajaran bahasa melayu. Jurnal Bahasa, 30(2), 123-136.

Shamsul Aizuwani Nawi. 2021. Pedagogi Kontemporari. MK-e Solutions: Selangor. 

Shamsul Aizuwani Nawi. 2021. Pedagogi Kontemporari. MK-e Solutions: Selangor. 

Sulaiman, N. (2019). Keberkesanan pembelajaran bermakna dalam membantu pelajar memahami konsep dalam mata pelajaran bahasa melayu. Jurnal Pendidikan, 59(3), 121-127.

 

More Articles & Posts